Kunjungan sehari suntuk Ha Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata menyindir perdana menteri itu.
Berhampiran lapangan terbangan Sultan Ismail Petra dinaikan sepanduk berbunyi "Selamat Datang PM Ke Negeri Miskin". Kata-kata itu ditujukan kepada penghinaan Najib terhadap Kelantan yang mengatakan Kelantan negeri paling miskin berbanding dengan negeri-negeri lain.
Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno.
Semasa beliau berkunjung ke Jeli pula, Najib disambut dengan kain rentang yang dipegang berbunyi "Kami Mahukan Royalti Petroleum". Kata-kata ini merujuk kepada kengganan Najib untuk menyerahkan royaliti 5% petroleum kepada Kelantan. Rakyat Kelantan menuntut hak mereka yang dinafikan oleh zaman Mahathir Mohamad dan diteruskan oleh zaman Najib Razak.
Di dalam Fb dan blog juga meriah dengan kecaman dan ejekan kepada Najib.
Dipercaya kalau pihak berkuasa tidak bertindak merampas dan menurunkan kain-kain rentang itu jumlahnya mungkin lebih banyak dari kain rentang yang mengalu-alukan kedatangan Najib ke Kelantan. Khabarnya tidak banyak sepanduk dan kain rentang dipsang mengalu-alukan kedtaangan Najib.
Apa yang dipamirkan hari ini menjelaskan kepada Najib kenyataan beliau mengatakan Kelantan negeri miskin dimarahi dan menyinggung hati dan perasaan rakyat Kelantan. Bukan saja rakyat yang menyokong Pas tetapi penyokong Umno juga merasa terhina dengan kenyataan presiden Umno itu. Mereka menganggap Najib tidak tahu membaca kajian pendapatan perkapital rakyat negari ini.
Najib juga dalam kunjungan itu dikatakan menyampaikan bantuan wang rakyat RM500 kepada beberapa orang miskin di ketiga kawasan yang dilawati itu. Seorang penduduk di Pasir Mas menghantar SMS kepada saya berbunyi; "Kalaulah rakyat Kelantan miskin kenapa wang bantuan dari wang rakyat itu sama nilainya dengan yang diberikan kepada rakyat negeri lain?"
"Sepatutnya rakyat negeri Kelantan diberi peruntukan wang kerajaan itu sekurang-kurang RM1,500 hingga RM3,000 seorang", kata penduduk itu lagi geram. Betul juga apabila nilainya sama ini menunjukkan kadar kemiskinan rakyat Kelantan sama saja dengan kadar kemiskinan dengan Johor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri yang dikuasai oleh BN sejak lebih 50 tahun.
Kunjungan Najib ke kawasan berkenaan dianggap sebagai tidak adil kerana Najib 'menambun' kekayaan kepada bahagian Umno yang sudah kaya. Apa yang mereka harapkan Najib ikut sama melawat ke Kuala Krai, Rantau Panjang, Tanah Merah ataupun Pengkalan Chepa
No comments:
Post a Comment